Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kartunis Zunar nampaknya terpaksa menunggu sehingga 23 Julai berhubung penahanannya secara tidak sah apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan pengumuman keputusan hari ini.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera berkata, mahkamah mahu kedua-dua pihak menghuraikan lanjut berhubung penahanan tidak sah bawah Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan, berhubung hak warganegara dimaklumkan berhubung penahanannya.

NONE "Kedua-dua pihak diberikan dua minggu untuk memberikan jawapannya dan mahkamah akan membuat keputusan pada 23 Julai," kata hakim.

Zunar dan Sepakat Elektif Sdn Bhd - yang mana beliau menjadi pengarah - bertindak sebagai plaintif dalam saman sivil berhubung penahanan tidak sah.

Mereka menamakan Arikrishna Apparau (pegawai yang menahan Zubar), pegawai penyiasat Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Isamil Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai defendan.

Zunar menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya karyanya dipulangkan dengan ganti rugi khas terhadap karya seninya yang bernilai RM1,650.

Pertahankan sebagai 'komentar politik'

Ketika ditahan sebelum ini, beliau dibawa ke beberapa balai polis di Kuala Lumpur dan Selangor dan ditahan reman semalaman di lokap polis di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque mengaku bertanya kepada polis sebab penahanannya tetapi pihak berkuasa gagal menyatakan dengan jelas mana satu karyanya yang melanggar undang-undang.

Malah, beliau dimaklumkan disiasat bawah Akta Hasutan.

Selepas peguamnya mempersoalkan tindakan polis, buku-bukunya dirampas menggunakan kuasa bawah Akta Penerbitan dan Mesti Cetak.

Zunar sebelum ini mempertahankan karyanya sebagai "komentar politik berhubung isu-isu semasa".

Cartoon-o-phobia mengumpulkan kartunnya yang disiarkan di Malaysiakini dan diedarkan oleh Sepakat Efektif.

[Berita penuh menyusul]

ADS