Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini dilapor mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya pada musim haji.

Menurut Lim, kenyataan Najib yang juga presiden Umno itu "tidak boleh diterima" kerana ia menimbulkan "rasa kurang senang hati" di kalangan umat Islam yang menunaikan ibadah tersebut.

NONE Dengan membuat perbandingan, Lim berkata perasaan yang sama turut dirasai orang bukan Islam jika pilihan raya diadakan pada musim perayaan lain seperti Tahun baru Cina, Deepavali atau Krismas.

"Kita harap perdana menteri dapat menimbang semula (cadangan itu).

"Jangan mengadakan pilihan raya semasa (umat Islam) menunaikan ibadat haji kerana saya rasa, ini merupakan satu taktik yang cuba untuk memecah belahkan rakyat," katanya.

Lim yang juga ahli parlimen Bagan mengulas kenyataan Najib yang dilapor mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan pada pilihan raya 1986 atau 1982.

Najib bagaimanapun masih mengunci rapat mulutnya berhubung teka teki tarikh pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Nafi berfahaman sosialis

Mengulas lanjut, Lim menjangkakan kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan sekitar Oktober, selepas pembentangan belanjawan pada 28 September ini.

Beliau berkata demikian dalam wacana bertajuk "Benarkan Dasar DAP mengancam Islam?" anjuran akhbar web DAP Roketkini yang adakan di sebuah hotel di Shah Alam malam tadi.

Dr Maszlee Malik (1) Selain beliau, pensyarah Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik (kanan) turut diundang menjadi panelis dan wacana itu dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif nstitut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan.

Sementara itu, menjawab soalan berhubung dakwaan dasar parti itu dikaitkan dengan fahaman sosialisme - yang dilihat sesetengah pihak ancaman kepada Islam - Lim menafikannya dan menegaskan DAP berfahaman sosial demokrasi.

Katanya, fahaman tersebut antara lain memastikan pihak yang daif menerima pembelaan yang sewajarnya, menghormati hak asasi rakyat dan memastikan pembahagian kekayaan secara adil dan tidak diberikan kepada kroni.

"Saya kira itu paling penting... Itu paling asas," katanya.

ADS