Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis S'gor: Peningkatan jenayah kerana mansuh EO

Timbalan Ketua Polis Selangor A Thaiveegan hari ini berkata, peningkatan kadar jenayah di negeri itu berlaku kerana pemansuhan Ordinan Darurat (EO).

Katanya, peningkatan aduan kemungkinan disebabkan pembebasan ramai penjenayah daripada pusat tahanan Simpang Renggam selepas EO dimansuhkan.

Menurut Thaiveegan lagi, walaupun kerajaan yakin bahawa mereka harus diberikan peluang kedua kembali ke jalan yang benar, tetapi perkara itu tidak diketahui pada masa ini.

Bagaimanapun apabila ditemui selepas itu, Thaiveegan menegaskan lebih banyak masa dan bukti diperlukan untuk mengesahkan sama ada terdapat hubungan langsung antara pembebasan kumpulan itu dan peningkatan jenayah.

Beliau berkata, dalam masa sebulan atau dua bulan lagi perkara itu akan dapat disahkan.

[Baca berita penuh]

ADS