Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Markah rendah tapi dapat projek sambungan LRT
Diterbitkan:  Jul 3, 2012 12:11 PM
Dikemaskini: Jul 4, 2012 12:48 PM

dikemaskini Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa konsortium yang didakwa memenangi tender untuk projek sambungan LRT Ampang menerima penilaian rendah berbanding pembida lain dari segi pengalaman dan kemahiran teknikal.

NONE Beliau mendakwa, keputusan penilaian teknikal oleh perunding kejuruteraan Halcrow untuk projek bernilai lebih RM1 bilion itu mendapati bahawa konsortium berkenaan tiada pengalaman dalam projek rel dan hanya pernah mengendalikan projek bernilai RM40 juta.

Sedangkan, tujuh pembida lain dalam tender berkenaan kesemuanya telah menyiapkan projek bernilai antara RM458 hingga RM5 bilion, dakwanya dalam satu kenyataan.

Rafizi mendakwa, perkara itu dikesan melalui satu surat didakwa dihantar oleh Kumpulan Prasarana kepada jawatankuasa perolehan di Kementerian Kewangan.

"Berdasarkan dokumen-dokumen ini, terbuktilah bahawa George Kent tidak mempunyai apa-apa kemahiran, kepakaran atau pengalaman yang melayakkannya dianugerahkan tender ini, kecualilah hubungan baik di antara George Kent dan Datuk Seri Najib Tun Razak," dakwanya.

[Baca berita penuh]

ADS