Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Debat kedua antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan menumpukan kepada persoalan dasar kedua-dua parti itu.

Dijadualkan berlangsung pada 8 Julai, debat itu dianjurkan badan pemikir Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) dengan tajuk "DAP dan MCA: Polisi siapakah yang lebih membawa manfaat kepada masyarakat".

NONE "Topik perdebatan pada bulan Februari bersifat sangat politikal. Kali ini, ia lebih berfokus kepada polisi.

"ASLI berharap debat kali ini mampu membawa politik Malaysia ke tahap lebih tinggi dan bukan hanya bercakap tentang emosi," kata Naib Presiden ASLI, Ng Yeen Seen ( atas ) dalam sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Debat pertama antara dua pemimpin itu diadakan menggunakan bahasa Mandarin pada bulan Februari lalu dan berkisar sekitar politik bangsa Tionghua di Malaysia.

Debat kali ini pula akan berlangsung dalam bahasa Inggeris dan akan berkisar sekitar tujuh perkara - dasar pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, khidmat masyarakat, perpaduan negara, kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan.

Tiada siaran langsung

Menurut Yeen Sen lagi, debat itu akan turut menampilkan tiga panelis yang akan bertanyakan soalan kepada pendebat.

Mereka adalah Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung; Pengarang Roketkini , Wan Hamidi Hamid; Ketua Pusat Pengajian Sains Sosial dari Universiti Monash, Professor James Chin yang mewakili ASLI sebagai panelis bebas.

azlan Sementara itu, Bernama melaporkan Ng berkata tiada siaran langsung semasa debat antara Chua dan bagi mengelakkan keadaan huru-hara dan sebagai menghormati masa untuk keluarga berkumpul pada Ahad.

    

Katanya, debat itu akan dirakamkan dan dimuat naik ke Internet (YouTube) kira-kira 10 minit selepas ia bermula.

    

"Saya juga difahamkan debat itu akan disiarkan secara siaran tertunda  di saluran Astro AEC, dengan terjemahan dalam Bahasa Malaysia di saluran Astro Awani pada hari yang sama kira-kira jam 11 malam," katanya.

Debat dua jam yang akan berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre di Petaling Jaya.

ADS