Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isteri tahanan ISA dakwa diugut polis
Diterbitkan:  Jul 7, 2012 6:07 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Isteri seorang tahanan ISA yang mendakwa suaminya dipukul kerana melancarkan mogok lapar di tem tahanan Kamunting hari ini membuat laporan polis mendakwa diugut anggota pasukan keselamatan itu.

Nur Heni - isteri kepada Razali Kasan - membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di ibu negara hari ini.

Dalam laporannya, Nur Heni mendakwa beliau didatangi tiga pegawai Bukit Aman pada 4 Julai yang memintanya menarik balik laporan polis terhadap dakwaan suaminya dipukul.

Beliau mendakwa, polis itu mengingatkannya supaya "memberikan kerjasama" kerana visanya akan tamat pada 20 September ini.

Kedua-dua pasangan itu warganegara Indonesia. Razali antara 45 lagi tahanan yang masih ditahan di Kamunting.

Nur Heni juga mendakwa, polis itu juga berkata tidak mahu apa-apa masalah terhadap usaha membebaskan suaminya.

"Pada saya, ini adalah satu ugutan," laporan polis itu dipetik.

Nur Heni diiringi aktivis Gerakan Mansuhkan ISA ketika membuat laporan polis itu hari ini.

Walaupun ISA dimansuhkan pada April lalu, perintahan penahanan masih kekal seperti biasa kecuali terdapat campur tangan menteri.

ADS