Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Debat yang diusahakan oleh sebuah NGO di Meru Klang antara Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman Rabu ini tidak menjadi kenyataan.

Menurut NGO tersebut - Gerakan Masyarakat Prihatin Meru (GMP) - hanya Dr Hasan telah menyatakan kesediaannya untuk hadir.

Manakala Abdul Rani memberitahu satu sidang media selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) petang ini bahawa jadual programnya sudah penuh sehingga September.

NONE Sebaliknya, Abdul Rani ( kanan ) menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu sekiranya ia dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian.

Menurut Timbalan Pengerusi GMP, Mohd Norman Toha berkata, pihaknya menjemput Hasan dan Rani berdebat atas tajuk 'PRU13- di mana PAS Selangor'.

Katanya, GMP telah menyerah dua surat kepada Hasan dan Abdul Rani. Surat pertama pada 29 Jun dan disusuli dengan satu lagi surat yang dihantar Jumaat lalu mengenai format debat dan soalan yang perlu dijawab oleh pendebat.

"Setakat ini hanya Datuk Hasan yang respon dan nyatakan kesediaan untuk hadir," katanya dengan nada kecewa, sambil menambah kain rentang mengenai debat itu juga telah dipasang di sekitar kawasan Parlimen Kapar.

"Kebetulan semasa kami menyerahkan surat itu, Datuk Hasan ada program di Meru. Tetapi Dr Abdul Rani kami tidak menerima apa-apa respon sehingga hari ini," kata Mohd Norman.

Platform buat penjelasan

Selain itu, Mohd Norman menjelaskan, tujuan pihaknya mengadakan debat tersebut untuk memberi platfom kepada Hasan dan Abdul Rani memberi penjelasan terhadap isu-isu yang  melanda mereka sebelum ini.

NONE "Kita juga sediakan pentas ini untuk dua-dua pihak menjawab beberapa persoalan dan dapat jelaskan mengenai beberapa perkara.

"Secara tak langsung juga, debat ini juga boleh menjadi platfom kepada Dr Abdul Rani untuk bercakap pada rakyat yang diwakilinya kerana sejak beberapa bulan ini saya lihat, ceramah-ceramah Dr Abdul Rani hanya dihadiri 150 hingga 200 orang sahaja," katanya.

Sementara itu, ketika Malaysiakini menghubungi Hasan ( atas ), beliau menyatakan persetujuannya untuk hadir dan mengakui ada menerima surat jemputan debat.

"Saya dah dapat surat jemputan. Saya setuju dan akan hadir," katanya sambil menegaskan bahawa debat tersebut bukan anjuran NGOnya.

ADS