Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AG fail rayuan terhadap pembebasan Anwar
Diterbitkan:  Jul 10, 2012 3:35 PM
Dikemaskini: 11:35 AM

Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

Ketua bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Kamaluddin Md Said mengesahkan petisyen rayuan telah difailkan semalam.

Dalam SMS jawapannya kepada Malaysiakini, beliau berkata ia telah difailkan dan terdapat beberapa alasan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan alasan rayuan itu.

Pihak Pendakwaan mempunyai sehingga esok untuk memfailkan rayuan selepas semua pihak telah memperolehi penghakiman bertulis oleh hakim Datuk Hakim Mohamad Zabidin Md Diah.

Hakim Zabidin mengeluarkan penghakiman bertulis Isnin lalu dan pendakwaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan rayuan.

[Baca berita penuh]

ADS