Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Akhbar Nanyang Siang Pau akan menutup penerbitan edisi malam mulai Ahad ini ekoran "pelarasan strategi pemasarannya".

Ia diumumkan oleh harian berbahasa Cina itu melalui notis yang d NONE isiarkan di muka depan edisi malam ini.

Selepas ini, menurut notis tersebut, akhbar berkenaan akan diposisikan semula sebagai sebuah akhbar berbahasa Cina yang memberi tumpuan kepada berita kewangan dan ekonomi.

"Ekoran pelarasan strategi pemasaran, akhbar ini akan menutup edisi malam mulai Julai 15 (Ahad ini), tetapi pembaca masih boleh mendapat liputan yang komprehensif daripada edisi pagi kami."

Akhbar tersebut juga turut mengucapkan terima kasih kepada pembaca atas sokongan mereka.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, ketua pengarangnya, Choong Choong Nam enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai sebab di sebalik penutupan edisi malam itu.

"Anda boleh baca daripada notis kami (di muka depan akhbar)."

[Baca berita penuh]

ADS