Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sambutan Hari Kemerdekaan bermula
Diterbitkan:  Jul 17, 2012 11:07 PM
Dikemaskini: 11:40 PM

Jalur Gemilang berkibar serentak di seluruh negara malam ini bagi menandakan bermulanya sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini.

    

Malam ini dari Kangar hingga ke Kota Kinabalu, rakyat Malaysia bersama pemimpin hadir pada acara yang diadakan di beberapa tempat di negara ini bagi mengibar Jalur Gemilang sambil menyanyi lagu Negaraku dan Jalur Gemilang dengan penuh semangat patriotik.

    

Di Kuala Lumpur, pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2012 dengan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' diadakan serentak di tiga kawasan yang mewakili tiga kaum utama masyarakat negara ini, iaitu di Brickfields mewakili masyakarat India, Kampung Baru mewakili kaum Melayu dan Jalan Petaling mewakili masyarakat Cina.

    

NONE Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang diiringi Menteri

Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim melancarkan sambutan Kibar Jalur Gemilang di Little India, Brickfields.

    

Sementara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin melancarkan di Kampung Baru, dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Timbalan Presiden MCA melancarkannya di Jalan Petaling.

Dalam ucapannya, perdana menteri berharap generasi sekarang tidak mensia-siakan perjuangan pemimpin terdahulu, yang dengan jerih payah dan darah mereka, berkorban memerdekakan negara ini.

NONE "Saya mengajak semua rakyat Malaysia supaya merapatkan barisan

kita, supaya kita dengan suara 1Malaysia, dengan satu suara, satu impian, satu harapan, 1Malaysia jadikan sambutan 55 tahun ini sebagai satu sambutan yang cukup meriah.

"Kita maju dan kita berjaya kerana selama 55 tahun kerajaan telah menepati janji kepada rakyat, kita janjikan sebuah negara yang bersatu padu dan kita telah dapat menjamin keadaan sedemikian

[Baca berita penuh]

ADS