Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

WAWANCARA Gabungan Penulis Nasional (Gapena) menyokong langkah kerajaan mengharamkan buku, termasuk karya kreatif jika ia menyalahi undang-undang negara.

Ketua Satu Gapena Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar, berkata sebarang bentuk penulisan perlu "patuh pada undang-undang, peraturan negara, dan Perlembagaan".

NONE "Kita tak boleh menulis sebebas-bebasnya. Katakan Malaysia ada agama rasmi (dan) tiba-tiba (ada) orang itu menghukum, menyoal agama rasmi dan sebagainya.

"Janganlah kita nak jadi hero," katanya sewaktu diminta mengulas tentang kecenderungan kerajaan mengharamkan beberapa karya dan penulisan hasil penulis tempatan akhir-akhir ini.

Trend pengharaman karya kreatif bermula dengan pengharaman novel Sebongkah Batu di Kuala B erang , tulisan pengarang terkenal Faisal Tehrani pada penghujung tahun 2011.

Novel terbaru beliau, Perempuan Nan Bercinta ( bawah ) yang dilancar perdana menteri pada 2 Julai lalu juga turut dipertimbang untuk diharamkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atas dakwaan mengandungi unsur-unsur Syiah.

Dalam sejarah Malaysia, hanya Puteri Gunung Tanah karya Pak Sako sahaja pernah diharamkan, itu pun ketika bawah pemerintahan British.

' Kita anggap kerajaan semua betul'

Ditanya kes itu secara spesifik, Dr Abdul Latif berkata, gabungan 21 persatuan penulis seluruh negara itu tetap bersifat terbuka walau pun "bersama kerajaan" dalam pengharaman penulisan dengan ideologi Syiah.

"Itu semua ideologi yang tidak dipersetujui negara. Itu semua tak boleh, buat apa kita hendak benarkan," katanya.

NONE Ditanya tentang akta-akta tertentu, seperti Akta Rahsia Rasmi yang secara tidak langsung mengekang penulis, Dr Abdul Latif juga mempertahankannya dengan alasan menjadi tugas kerajaan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Menurutnya, undang-undang seperti OSA boleh dibantah rakyat tetapi jika kerajaan tidak mahu memindanya, rakyat tetap perlu patuh kepada undang-undang berkenaan.

"Kita bantah, kalau tak diterima, kita ikut juga (kerajaan). Itu ertinya kerajaan dan rakyat," katanya.

Gapena sendiri, kata Dr Abdul Latif akan tetap akur kepada kerajaan walaupun mereka mungkin membantah dasar yang dirasakan tidak sesuai.

"Hal-hal berkaitan sastera dan penulisan kita tiada masalah dengan kerajaan.

"Kita anggap apa-apa yang kerajaan buat semuanya betul, ikut saluran," kata Dr Abdul Latif.

VIDEO l 3.20 min

Bahagian I: Gapena: Pemimpin 'tolol' punca masalah bahasa


Dr Abdul Latif diwawancara oleh Jimadie Shah Othman, Hafiz Yatim dan Ahmad Fadli KC di pejabat Gapena di ibu negara pada minggu lalu. "

 

ADS