PM label peserta BERSIH golongan 'mufsidun'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyeru warga imam dan ahli jawatankuasa masjid di seluruh negara supaya tidak menjadi golongan "mufsidun" yang mengadakan perhimpunan BERSIH di kota suci Mekah dan Madinah.

Katanya, golongan imam perlu menjadi seperti kumpulan "muslihun" - kumpulan yang disifatkannya sebagai golongan yang melakukan pembaharuan atau tranformasi.

bersih in meccaNajib menyifatkan golongan "mufsidun" sebagai kumpulan yang membuat kerosakan perpaduan antara kaum serta dan memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

"Kita merupakan merupakan golongan 'muslihun dan bukannya golongan 'mufsidun'. Dalam konteks mendahulukan perpaduan (yang) berasaskan keharmonian kaum.

"Berbanding dengan golongan 'mufsidun', yang jelas merosakkan dan memecahbelahkan perpaduan kaum, (dan) antara kita sesama umat Islam. Contohnya Himpunan BERSIH 3.0 yang merosakkan daripada memperbaiki keadaan," katanya.

Katanya lagi, perhimpunan BERSIH yang diadakan di dua kota suci itu pada April lalu menyebabkan "imej umat Islam di negara ini rosak sehingga berkemungkinan kuota haji akan ditarik balik".

"Ini bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng oleh sesiapa. Pernah (kerajaan Arab Saudi) tidak membenarkan jemaah sebuah negara (menunaikan haji).

bersih in madinah"Ini bukan perkara yang perlu dimainkan. Saya tahu ada negara sudah sampai di Jeddah, tetapi disuruh patah balik. Dibayar harga minyak, disuruh balik, tak boleh tunai ibadah haji," katanya.

Menurutnya, kerajaan membenarkan sesuatu perhimpunan atau berbeza pendapat dengan kerajaan tetapi dibuat "mengikut cara, undang-undang dan berhemah".

Najib berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Perdana warga imam dan ahli jawatankuasa masjid seluruh negara yang dihadiri lebih 10,000 orang di Serdang pagi ini.

Katanya lagi, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Raja Abdullah, supaya kuota jemaah haji Malaysia "tidak dikaji semula".

NONE"Saya nak beritahu tok-tok imam, kerajaan sudah berusaha melalui saluran tertentu dan tertutup, saya juga ada hubungan yang rapat dengan Raja Abdullah untuk menyampaikan laporan sebenar (mengenai BERSIH).

"Kita khuatir ribuan (jemaah) boleh jadi tak dapat (tunai haji) tahun ini... Kita menjelas dan meyakinkan kerajaan Arab Saudi supaya tidak kaji semula kuota haji. Alhamdulillah, ini perjuangan kita," katanya.

Sementara itu, Najib dalam ucapannya berkata perhimpunan tersebut menghimpun sejumlah imam dan ahli jawatankuasa dari seluruh negara merupakan program yang julung kalinya diadakan.

Dalam program berkenaan, kumpulan pentadbir masjid itu turut menyanyikan lagu Negaraku dan 1Malaysia sambil mengibarkan bendera yang dibekalkan penganjur.

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.