Kerajaan, melalui Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC), telah mengenal pasti tujuh tapak untuk loji janakuasa nuklear unit berkembar, kata jurucakap Gabungan Menentang Nuklear Malaysia (MyCan), Dr Ronald McCoy (kiri).
Tujuh tapak tersebut terletak di empat negeri - satu di Kedah dan masing-masing dua di Perak, Terengganu dan Johor, katanya dalam satu sidang akhbar.
McCoy berkata lima daripada tapak itu terletak berhampiran kawasan pantai, manakala dua tapak lagi terletak di pedalaman - Tasik Temenggor di Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu - kerana jumlah besar air diperlukan untuk menyejukkan reaktor berkembar itu.
Beliau berkata, gabungan itu telah memperolehi maklumat yang tepat dalam tempoh sebulan, tetapi tidak dapat mendedahkan sumber-sumbernya dan kawasan potensi yang tepat untuk melindungi sumber-sumber tersebut.
[Baca berita penuh]