Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham 'tak pasti' pengganas cuba resapi Pakatan
Diterbitkan:  Jul 20, 2012 5:13 PM
Dikemaskini: 9:34 AM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau "tidak pasti" tentang dakwaan bahawa pengganas dan komunis cuba meresapi Pakatan Rakyat.

Sin Chew Daily memetik Hishammuddin sebagai berkata, pada masa ini, beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara tersebut.

Oleh itu, katanya, beliau tidak boleh kata sama ada ia benar atau tidak.

"Saya hanya boleh katakan sebanyak ini, topik ini sangat sensitif," Hishammuddin dipetik dalam laporan Sinchew Daily online hari ini

Hishammuddin mengulas laporan Bernama yang memetik Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin bahawa risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

    

Katanya, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

    

Mohd Sofian dilaporkan berkata beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.

[Baca berita penuh]

ADS