Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB Kedah minta jangan panjangkan isu saham FGV
Diterbitkan:  Jul 22, 2012 1:38 PM
Dikemaskini: 5:47 AM

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata golongan yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) sepatutnya berterima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang bersetuju untuk melepaskan pegangan saham dalam syarikat itu.

NGO bawah PAS, ANAK yang menganjurkan kempen bagi menentang usaha penyenaraian itu turut menuntut PKNK memohon maaf atas tindakan berkenaan.

Azizan dilaporkan berkata, perkara itu juga tidak harus dipanjangkan lagi kerana PKNK, yang dipengerusikannya, telahpun menyedari kesilapan mereka dalam membeli 500,000 unit saham FGV.

“PKNK sudah jual saham itu sebab menghormati prinsip bersama dalam PR selain perjuangan ANAK dan GSF (Gerakan Selamatkan Felda). Dari segi kewangan, memang kita rugi atas tindakan itu tetapi kita tidak kisah sebab mahu hormati prinsip dan elak salah faham.

“Arahan menjual semula saham FGVH berkuat kuasa serta merta tetapi jual saham bukan macam jual buah, ia ambil masa sedikit,” katanya seperti dipetik Sinar Harian .

Katanya, PKNK juga kehilangan ratusan ribu ringgit yang disasarkan ketika membeli saham berkenaan pada harga RM4.55 seunit.

PKNK menjual sebanyak 50,000 unit saham tersebut dengan harga RM5.50 seunit beberapa hari kemudian dengan keuntungan RM47,500.

Akhbar berkenaan melaporkan, saham yang dibeli tanpa pengetahuan Azizan itu mencetus kontroversi kerana bertentangan dengan pendirian Pakatan Rakyat dalam isu penyenaraian FGVH.

ADS