KJ: Kereta import murah akan jejas Proton

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bimbang janji PKR untuk menjadikan harga kereta lebih murah akan memberi kesan negatif kepada pembuat kereta nasional Proton dan juga pendapatan kerajaan.

Langkah itu walau diakuinya akan memberi keuntungan kepada jutaan rakyat, namun dasar seperti itu akan memberi kesan kepada puluhan ribu pekerja Proton dan juga golongan yang terlibat dalam industri automotif, katanya.

"Bukan saya nak maksudkan kita nak lindungi Proton selama-lamanya, ..tapi jika tiada perancangan rapi alamatnya adalah malapetaka dari segi ekonomi," katanya lagi ketika bercakap kepada pemberita di Bangsar malam tadi.

Katanya lagi, tindakan menghapuskan duti eksais dan import itu akan menjejaskan sehingga RM4.6 bilion pendapatan kerajaan persekutuan.

"Walau dasar ini baik, tapi kena (Pakatan Rakyat) kena jelaskan bagaimana hendak bayar janji tersebut," katanya lagi.

Beliau mengulas rancangan Pakatan Rakyat untuk menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.