Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suaram kecam Najib, Anwar atas kenyataan anti-LGBT
Diterbitkan:  Jul 25, 2012 12:17 PM
Dikemaskini: 4:20 AM

Suaram mengecam kenyataan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan NGO itu sebagai mendiskriminasi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Kami melihat kenyataan ini sebagai serangan langsung kerana ia mengisytiharkan kewujudan diskriminasi ke atas komuniti LGBT.

"Kenyataan ini setentunya memberi mesej jelas yang mempersetujui dan menjustifikasi keganasan, penganiayaan dan gangguan masyarakat (ke atas LGBT).

"Ia perlu dijelaskan bahawa LGBT tidak meminta apa-apa hak baru baru atau istimewa. Mereka hanya meminta kerajaan supaya menepati janji dan tanggungjawabnya dalam mengiktiraf kesamarataan dan prinsip tak berdiskriminasi ke atas semua manusia," kata Suaram dalam satu kenyataan.

Suaram memetik kenyataan oleh Anwar pada 18 Julai yang berkata undang-undang diskriminasi terhadap golongan homoseksual untuk melindungi kesucian perkahwinan heteroseksual.

Pada hari berikutnya, Najib pula melancarkan serangan ke atas komuniti LGBT dengan menggolongkan kumpulan itu sama seperti fahaman liberalisme dan pluralisme yang menjadi musuh Islam.

[Berita penuh menyusul]

ADS