Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita hampir diragut di tandas diminta buat laporan

Polis Selangor hari ini merayu kepada wanita yang hampir menjadi mangsa ragut yang didakwa berlaku di dalam tandas di sebuah pusat membeli-belah di Subang Jaya supaya tampil membuat laporan polis.

"Kami menggesa mangsa membuat laporan polis kerana ada gambar suspek (CCTV)," kata Ketua Polis negeri Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Katanya, walaupun wanita itu tidak hilang apa-apa, tetapi pelakunya mungkin terlibat dalam kes-kes lain.

Beliau memberitahu pemberita demikian dalam sesi taklimat media mingguna di Shah Alam hari ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS