Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Wanita PKR hari ini melancarkan kempen "Tolak Najib" bagi mendesak perdana menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai pemangku menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

NONE Ketuanya Zuraida Kamaruddin berkata, kempen itu dijalankan kerana Najib masih gagal mengemukakan perancangan bagi hala tuju pembangunan wanita di Malaysia walau telah tiga bulan memangku jawatan itu.

Menurut Zuraida lagi, matlamat 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar jelas tidak seperti digambarkan kerana jurang gaji antara gender dan proses kepimpinan wanita di semua peringkat masih belum terlaksana.

"Semenjak 2008, jutaan dana telah diluluskan dan dibelanjakan oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM). Namun sehingga kini semua pencapaian perlaksanaan dan hasil tidak diketahui.

"Jadi WANITA PKR melancarkan kempen ini bagi memberi pendedahan kepada wanita di luar sana tentang janji yang tak ditepati yang dibuat oleh Najib," katanya pada sidang media pelancaran kempen itu di ibu pejabat PKR hari ini.

NONE Selain itu, Zuraida berkata, pihaknya turut menyeru agar Najib mengemukakan calon bagi jawatan menteri wanita KPWKM.

Zuraida berkata, Najib tidak mampu menggalas tanggungjawab yang banyak kerana presiden Umno itu kini sudah memegang "puluhan jawatan".

"Antara puluhan jawatan yang dipegang perdana menteri ialah menteri kewangan, pengerusi Khazanah Nasional, pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengerusi projek berimpak tinggi.

"Adakah dengan puluhan jawatan ini beliau mampu mentadbir KPWKM dengan baik?," soal Zuraida.

Zuraida berkata kempen "Tolak Najib" yang mensasarkan golongan wanita itu akan dilancarkan secara serentak di seluruh negara pada 28 Julai bermula dengan program mengedar risalah di kawasan bandar sehingga ke pedalaman.

Najib memangku jawatan kementerian pembangunan wanita pada April lalu selepas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan tersebut berikutan desakan serta penglibat keluarganya di dalam isu National Feedlot Corporation (NFC)

VIDEO l 4.33 mins

ADS