Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Enam aktivis alam sekitar Taiwan yang berkunjung ke Pengerang di Johor untuk menyokong penduduk tempatan dalam gerakan anti-kompleks petrokimia di situ, telah diganggu pihak polis pada awal pagi malam tadi.

NONE Selepas memaksa dihentikan dialog antara mereka dan

penduduk Pengerang, polis membawa pelawat Taiwan itu ke balai polis tempatan dan menyoal siasat mereka selama satu jam.

Para aktivis tersebut sebelum ini mengetuai satu gerakan di negara itu tahun lepas sehingga berjaya menghalang Kuokong Petrochemical Technologi Co - sebuah syarikat milik kerajaan Taiwan - daripada membina sebuah kompleks petrokimia di republik itu.

Mereka sedang membuat kunjungan dua hari ke Malaysia untuk berkongsi pengalaman perjuangan mereka dengan penduduk Pengerang.

Loji petrokimia yang ditolak oleh kerajaan Taiwan itu, hendak dibina di Pengerang, sebagai sebahagian daripada Projek Tapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu Petronas (Rapid) - satu inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Ini telah mencetuskan bantahan penduduk tempatan, yang telah membentuk satu kumpulan untuk menggerakkan bantahan terhadap pelaksanaan projek Rapid.

taiwan environmental activist record statement in pengerang Menurut pembuat dokumentari bebas Chou Z Lam, yang hadir di

dialog tersebut, polis berpakaian biasa dari Cawangan Khas dan membawa kamera video, muncul di sebuah tokong tempat dialog itu diadakan, sebelum ia bermula pada jam 7 malam.

Polis juga membuat sekatan jalan raya tidak jauh daripada tokong tersebut tetapi ia tidak menghalang kira-kira 500 penduduk untuk datang menghadiri majlis tersebut.

Pada kira-kira 10.30 malam, polis memaksa penduduk supaya menamatkan dialog tersebut.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi Che Mahazam Che Aik mengarahkan enam aktivis tersebut mengikutnya ke Sungai Rengit untuk disoal siasat, tetapi penduduk membantah atas alasan pihak polis tidak mempunyai sebab untuk mengarahkan mereka supaya bersurai, dan juga kerana tidak ada waran tangkap.

NONE Keadaan itu berterusan sehingga jam 11.30 malam apabila

It muncul kakitangan kerajaan yang dipercayai pegawai imigresen.

Satu kompromi dicapai selepas Che Mahazam memberi jaminan  tiada siapa pun akan ditangkap.

Enam aktivis itu dibawa ke balai polis sekitar jam 12.15 tengah malam dan dibebaskan selepas disoal siasat selama sejam.

Mereka adalah Chen Ping Heng, Grace Kan, Shy Yueh Ing, Chien Yu Chun, Lin Jin Lang dan Cai Jia Yang.

[Baca berita penuh]

ADS