Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Projek Pengerang boleh pendekkan jangka hayat rakyat M'sia'

Memetik satu Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), kumpulan aktivis alam sekitar Taiwan menggesa Malaysia supaya berhati-hati dengan kerosakan yang mungkin disebabkan oleh Projek Penapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Johor.

taiwan environmentalist giving talks pengerang Kajian EIA yang dijalankan oleh Prof Tsuang Ben Jei dari Jabatan Kejuruteraan Alam Sekitar dari Universiti Chung Hsing Taiwan

pada pada 2010, menunjukkan purata jangka hayat penduduk pulau itu, akan pendek 23 hari jika projek petrokimia Kuokuang itu dilancarkan.

Ini telah membawa kepada gerakan besar anti-Kuokuang, sehingga kerajaan Taiwan memutuskan untuk membatalkan projek kontroversi itu pada tahun 2011.

Sejak itu, syarikat milik negara itu, Kuokuang Petrokimia Technologi Co, telah mengumumkan bahawa ia menimbang untuk menghidupkan semula projek itu di Malaysia.

Bercakap kepada pemberita dalam satu interviu bersama pada

hari Selasa, aktivis Taiwan yang anti-Kuokuang, Chen Ping Heng memberi amaran bahawa projek itu boleh menjadi lebih berbahaya kepada Malaysia kerana saiz projek Rapid di Pengerang adalah lebih besar daripada projek Kuokuang di Taiwan.

NONE Kuokuang hanya salah satu pelabur dalam projek Rapid, yang dianggarkan membabitkan kawasan kira-kira 22,500 ekar, yang merangkumi sehingga 15 perkampungan di Pengerang.

"Umur rakyat Taiwan dianggarkan dipendekkan sebanyak 23 hari kerana pencemaran udara, tetapi projek di sini adalah lebih besar daripada di Taiwan, yang bermakna kadar kerosakannya akan menjadi lebih serius," kata Chen.

Chen sedang melawat Malaysia bersama lima lagi aktivis alam sekitar Taiwan yang lain atas jemputan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Lima aktivis lagi ialah Grace Kan, Shy Yueh Ing, Chien Yu Chun, Lin Jin Lang dan Cai Jia Yang.

Mereka melawat Pengerang dan berkongsi pengalaman mereka dengan masyarakat sivil Malaysia sebelum kembali ke Taiwan. Bagaimanapun, aktivis tersebut dibawa polis ke sebuah balai polis di Pengerang dan disoalsiasat selama satu jam.

[Baca berita penuh]

ADS