Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Satu lagi perhimpunan mega untuk sekolah Cina Segamat

Selepas perhimpunan mega 20 Mei di Kuantan yang berjaya memaksa kerajaan untuk  menyediakan sebuah sekolah tinggi persendirian Cina di ibu negeri Pahang itu, para pendidik Cina sekali lagi merancang mengadakannya, kali ini di kubu kuat BN - Johor.

NONE Dianjurkan bersama dengan Dong Zong - badan payung

lembaga gabenor sekolah-sekolah Cina - dan kumpulan serta persatuan pendidikan Cina di Johor, perhimpunan kali ini bertujuan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 2,000 orang di Padang Kg Abdullah di Segamat pada hari Ahad ini.

Mereka mahu kerajaan memberi lampu hijau untuk sama ada memulihkan semula Sekolah Tinggi Persendirian Cina Seg Hwa atau menyediakan sebuah sekolah persendirian Cina yang baru di Segamat.

"Kami berharap kerajaan akan memenuhi tuntutan rakyat itu dan meluluskan penubuhan sebuah sekolah tinggi persendirian Cina di Segamat secepat mungkin," kata Dong Zong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan minggu lepas.

Ia menyeru orang ramai menghadiri perhimpunan pada 29 Julai dengan berpakaian merah, manakala persatuan Cina di seluruh negara pula sedang sibuk menyewa bas untuk membawa ahli-ahli mereka ke Segamat.

Masyarakat Cina di Segamat telah menuntut sebuah sekolah tinggi persendirian Cina diwujudkan di situ sejak tahun 1980-an.

Sekolah Tinggi Persendirian Cina Seg Hwa di Segamat telah ditukar menjadi sekolah menengah kebangsaan selepas pengenalan Akta Pelajaran 1961.

Kini terdapat 60 sekolah menengah persendirian Cina di seluruh negara. Ia menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengajaran dan ditadbir oleh lembaga gabenor mereka sendiri.

[Baca berita penuh]

ADS