Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Felda peruntuk RM563j untuk isteri peneroka
Diterbitkan:  Jul 27, 2012 3:58 PM
Dikemaskini: 9:25 AM

Sebanyak RM563 juta diperuntukkan bagi pemberian 'durian runtuh' untuk isteri peneroka di seluruh negara.

azlan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata pemberian RM5,000 seorang itu melibatkan 112,635 isteri peneroka.

    

"Pahang mencatat  jumlah pembayaran yang tertinggi iaitu sebanyak  RM215.6 juta melibatkan 43,124 penerokawati," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang terbabit kepada 900 isteri penerokas di Felda Lakum dan Bukit Damar Lanchang di Temerloh.

    

"Kita berharap mereka berbelanja secara berhemah dan menyimpan di institusi kewangan bagi membiayai pelajaran anak-anak atau bekalan di hari tua," katanya.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS