Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa penangkapan dan penahanan kartunis politik Zunar pada 2001 dibuat mengikut undang-undang, namun rampasan ke atas buku dan karya seninya itu tidak sepatutnya dijalankan.

Oleh yang demikian, Hakim Vazeer Alam Mydin Meera mengarahkan supaya karya kartunis itu dipulangkan semula.

NONE Beliau turut mengarahkan kepada pendaftar mahkamah untuk menentukan kuantum ganti rugi kepada Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.

Tiada arahan dibuat untuk membayar kos.

Hakim berkata, pegawai polis dalam penahanan tersebut, Arikrishna Apparau dan pegawai penyiasat Marina Hashim berkuasa untuk menahan Zunar mengikut Seksyen 20 Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan merampas karya berkenaan mengikut Seksyen 11 Akta Hasutan.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan untuk mengenalpasti sama ada bahan yang dirampas itu berunsur hasutan boleh dibuat dengan "penentuan mudah".

Maka, bahan berkenaan tidak patut terus ditahan, katanya.

Zunar ditahan pada 24 September 2010 selepas satu serbuan di pejabatnya di Brickfields, Kuala Lumpur, beberapa jam sebelum beliau dijadualkan untuk melancarkan buku barunya Cartoon-o-phobia.

Antara bahan yang dirampas itu termasuk 66 naskhah buku berkenaan dan juga karikatur bersaiz A2 ang memaparkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

[Baca berita penuh]

ADS