Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Johor belum lagi terima projek Petrochem dari Taiwan
Diterbitkan:  Jul 31, 2012 3:23 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Kerajaan negeri Johor menjelaskan bahawa surat ikatjanji yang ditandatangani dengan Petrokimia Taiwan Kuokuang Teknologi Co berhubung pembinaan sebuah kompleks petrokimia berharga RM35 bilion di Pengerang,  bukan merupakan kelulusan muktamad.

abdul ghani othman bangsa malaysia 061106 talking Semalam, Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman (kiri)

mengeluarkan satu kenyataan dalam bahasa Cina, yang menekankan bahawa kerajaan negeri akan memastikan projek itu tidak membawa kesan besar kepada alam sekitar dan penduduk di persekitarannya, sebelum memberi kelulusan muktamad.

Penandatangani surat tersebut dengan syarikat Taiwan itu pada 9 Julai, telah meningkat lagi bantahan penduduk Pengerang, yang bimbang projek itu akan menjejaskan kehidupan mereka dan alam sekitar.

Ia merupakan sebahagian daripada projek penapisan dan pembangunan bersepadu petrokimia (Rapid) di Pengerang - satu projek mega di bawah Program Transformasi Ekonomi untuk mengubah selatan Johor menjadi pusat penapisan dan petrokimia.

azlan Menurut akhbar News Oriental Daily, Abdul Ghani berkata surat  itu hanya membenarkan Kuokuang menjalankan kajian kemungkinan pelaburan dan ukur tanah.

Surat itu juga mengkehendaki Kuokuang untuk menjalankan penilaian kesan alam sekitar untuk mengenal pasti sama ada kilang itu sesuai untuk dibina di Pengerang.

Abdul Ghani mengulangi bahawa surat tersebut tidak menjamin kepada Kuokuang kelulusan untuk melabur di Pengerang.

Keputusan muktamad kerajaan negeri, tambahnya, bergantung kepada sama ada Kuokuang boleh mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan Johor dan Malaysia, serta permintaan masyarakat terutamanya mengenai keselamatan, alam sekitar dan kesihatan.

[Baca berita penuh]

ADS