Akhbar Sin Chew Daily berdepan dengan dakwaan baru plagiarisme - hanya sehari selepas ia meminta maaf berhubung plagiarisme dalam artikel editorialnya.

Ironinya, artikel tersebut telah diterbitkan dalam edisi hari ini akhbar tersebut.

Kolumnis Malaysiakini, Josh Hong berkata perenggan kedua editorial tersebut sama dengan editorial yang disiarkan oleh  Ekonomi Daily, Taiwan pada 16 Jun.

NONESemakan Malaysiakini juga mendapati perenggan ketiga artikel
tersebut juga kelihatan hampir sama dengan perenggan keempat editorial lain yang disiarkan Economic Daily pada 30 Januari.

Bagaimanapun, beberapa pengguna Facebook juga mendakwa wujud plagiarisme dalam editorial yang disiarkan oleh Sin Chew Daily pada 4 Julai.

Mereka mendakwa, separuh pertama editorial tersebut serupa dengan editorial yang disiarkan di Commercial Times, Taiwan pada 13 Mac.

Semakan lanjut Malaysiakini mendapati separuh kedua editorial tersebut, menyerupai editorial yang disiarkan United Daily News, Taiwan pada 13 April.

Dalam perkembangan berkaitan, pengguna Facebook mempersoalkan di laman peminatnya mengapa notis permohonan maaf Sin Chew Daily tidak disiarkan di dalam akhbarnya.

"Sin Chew mengamalkan permohonan maaf secara selektif di Facebook. Dalam bahasa yang mudah, mereka hanya meminta maaf kepada pengguna Facebook.

"Bagaimana pula dengan majoriti pembaca Sin Chew? Bukankah mereka mempunyai hak untuk mengetahui?" tulis seorang pengguna Facebook, Ooi Leng Heng.

[Baca berita penuh]