Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata beliau masih belum menerima maklumat mengenai dakwaan bahawa timbalan presidennya Mohamad Sabu dihalang daripada bertanding di kawasan parlimen Pendang di Kedah.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa calon untuk kerusi selamat PAS itu, seperti juga untuk kawasan lain telahpun diputuskan.

NONE "Tapi kita belum umumkan lagi, semua calon kita belum umum lagi. Walaupun kita putus, kita tidak umum," katanya apabila ditanya mengenai calon yang diputuskan untuk kawasan tersebut.

Ditanya lanjut mengenai dakwaan bahawa wujudnya usaha untuk menghalang Mohamad daripada bertanding di Pendang, Mustafa berkata perkara itu juga hanyalah satu "permainan blog."

"Saya pun tak terima apa-apa lagi, jadi bagi saya itu cuma permainan blog," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Ditanya mengapakah kerusi parlimen Pendang begitu menarik minat di kalangan penulis blog tersebut, Mustafa berkata kerusi lain juga turut menimbulkan perhatian.

"Yang blog main itu bukan itu saja, yang lain pun dia main juga," katanya yang menambah beliau belum menerima apa-apa maklumat berhubung dakwaan melibatkan usaha untuk menghalang Mohamad di Kedah.

"(Maklumat) yang sampai pada saya belum ada lagi, tak ada (usaha seperti itu)," katanya lagi.

NONE Isu berkenaan juga mendapat perhatian setiausaha politik kepada menteri besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini yang menyifatkan perkara itu sebagai satu perkara yang direka-reka.

Muhammad Sanusi percaya bahawa perkara itu sebenarnya ditimbulkan untuk memulakan proses mencantas pemimpin tertentu dalam PAS Kedah.

"Orang yang membangkitkan kes itu kepada Malaysiakini sengaja mereka-reka cerita untuk memulakan cerita baru – mengadakan cerita cantas untuk memulakan proses mencantas."

Beliau menyalahkan golongan yang ghairah untuk membawa Mohamad bertanding di Kedah – di kawasan parlimen Pendang – sebagai kumpulan yang bertanggungjawab menimbulkan perkara itu.

VIDEO l 0.58 min

ADS