Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Peniaga kereta menyatakan sokongan kepada cadangan dasar automotif PKR dengan alasan bahawa kemerosotan harga kereta selepas pemotongan eksais hanya bersifat sementara.

Presiden Persekutuan Motor dan Kredit Kuala Lumpur dan Selangor Khoo Kah Jin (kanan) berkata pasaran akan menyesuaikan perubahan harga dalam "setahun atau dua tahun".

Pandangan seperti itu bagaimanapun bercanggah dengan kenyatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang menegaskan bahawa penjual kereta akan bankrap sekiranya cukai eksais diturunkan.

Nor Mohamed dalam laporan Bernama sebelum ini berkata penurunan cukai yang drastik akan menyebabkan penjual kereta terpakai bankrap.

Khoo bagaimanapun bersetuju bahawa pemilik kenderaan sedia ada akan terjejas kerana penuruna nilai kenderaan bermaknan golongan tersebut tidak lagi mampu menampung baki pinjaman kenderaan sekiranya ia dijual semula.

Ini bermakna pemilik kereta perlu menggunakan wang sendiri untuk menampung perbezaan harga, namun ini boleh diimbangi dengan penjimatan yang diperolehi dengan pembelian kereta baru, katanya.

“Akhirnya anda akan membayar lebih rendah untuk kereta yang lebih baik berbanding sebelum (pengurangan cukai eksais), jadi apabila anda bezakan penjimata dengan jumlah yang dikeluarkan untuk bayar pinjaman, nilai itu sepatutnya akan diimbangi," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS