Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rais sedia disaman jika lagu merdeka hasil ciplak
Diterbitkan:  Aug 6, 2012 12:52 PM
Dikemaskini: 4:56 AM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata beliau sedia disaman sekiranya irama untuk lagu Janji Ditepati untuk sambutan Hari Kemerdekaan terbukti diciplak daripada lagu lain.

“Saya mencabar mereka buktikan lagi ini lagu orang lain. Tapi kalau terbukti saya bersedia untuk diseret ke mahkamah,” katanya seperti dipetik dalam satu laporan Utusan Malaysia hari ini.

Menurut laporan itu juga, Rais berkata pembangkang menimbulkan isu berkenaan kerana marah dan berasa sukar dengan bantuan yang “dihamburkan” BN kepada rakyat dan juga kempen Janji Ditepati itu.

“Mereka dah tiada modal sampaikan lagu pun mereka cuba kritik. Memang lirik lagi Janji Ditepati itu saya yang cuba jalinkan dengan iramanya.

“Tapi irama itu dikarang oleh mereka yang telah memenangi peraduan kugiran terbaik RTM pada 2010,” katanya.

Laporan pada minggu lalu menyebut bahawa melodi untuk lagu Janji Ditepati itu mempunyai persamaan dengan lagi gospel Indonesia bertajuk Serukan Namanya .

Kementerian mengumumkan bahawa satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut apabila isu tersebut hangat diperkatakan di ruang Internet.

ADS