Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Manoharan dicemuh kerana twitter tentang Chong Wei

Kekalahan tipis pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei di tangan pemain China Lin Dan malam tadi mungkin mengecewakan ramai pihak, tetapi ADUN DAP yang berasai bahangnnya.

NONE Persembahan Chong Wei dalam final malam tadi mendapat

pujian, tetapi kenyataan ADUN DAP Kota Shah Alam,  M Manoharan, di laman Twitter menjadi sasaran cemuhan pengguna laman micro-blogging itu.

Mereka menyelarnya kerana dituduh mempolitikkan acara sukan

yang mereka merasakan telah berjaya menyatupadukan negara.

Sesetengahnya, seperti Alaram Kalai, mengancam untuk membuat laporan polis terhadap Manoharan.

Manohan juga dituduh bersifat perkauman apabila menulis bahawa Lin Dan begitu bergaya, begitu moden, tidak kelihatan seperti orang lelaki China, tetapi dari China, penuh dengan tattoo.

NONE "Ya, ya, orang Cina tinggal dalam hutan," jawab Chew Hong Ling dalam twitter.

Malah, rakan-rakannya dari Pakatan Rakyat - ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh dan ADUN PKR Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad - juga tidak senang dengan tulisannya.

Ianya bermula sejurus selepas Lin Dan berjaya merangkul pingat emas, apabila Manohan menulis dalam twitter bahawa Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY..."

[Baca berita penuh]

ADS