Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Siswa ke Mesir jangan terlibat 'baju kuning'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir tidak terpengaruh dengan perkembangan politik di negara itu yang kini masih dalam "ketidaktentuan".

NONE Beliau juga menasihati agar para siswa Malaysia supaya tidak terlibat dengan gerakan "baju kuning" seperti yang disaksikan di negara itu dalam kunjungannya sebelum ini.

“Nanti jangan pula ada yang memakai baju kuning... saya bukan apa... kebetulan mereka memakai baju itu dan ada suatu ketika semasa saya ke sana, kereta saya dikelilingi kira-kira 200 pelajar.

“Walaupun mereka tidak mahu hormat saya sebagai menteri, tetapi hormatlah saya sebagai orang yang lebih tua daripada mereka," kata Jamil yang tidak menyatakan tarikh insiden itu berlaku.

Kenyataannya itu dipercayai berhubung perhimpunan penyokong BERSIH di luar negara, termasuk di Mesir, yang berlangsung serentak dengan perhimpunan di Kuala Lumpur.

NONE Dalam ucapannya ketika menyampaikan skim biasiswa insentif khas pelajar cemerlang Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) luar negara hari ini, beliau juga berharap agar pelajar berkenaan akan menamatkan pelajaran.

"Di Mesir ada beribu pelajar daripada pelbagai bidang yang mana puratanya mengambil bidang pengajian Islam dan perubatan.

“Dengan budaya dan kehidupan yang pelbagai itu saya harap ibu bapa dapat mengawasi anak-anak. Ada yang di sana sampai berbelas tahun. Jadi saya harap mereka betul-betul habiskan pelajaran mereka,” katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Jamil menyampaikan sumbangan insentif khas kepada seramai 38 dalam majlis di bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.

NONE Penghanjuran perhimpunan BERSIH 2.0 di Kaherah pada tahun lalu menyebabkan seorang pelajar tahun akhir Universiti Al-Azhar dikenakan tindakan oleh pentadbiran universiti itu.

Selain itu, sembilan orang pelajar tajaan Yayasan Terengganu juga ditarik balik pinjaman mereka selepas didapati menyertai perhimpunan di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah.

Bagaimanapun, salah seorang daripada sembilan pelajar itu membuat rayuan kepada menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi membenarkan pinjamannya disambung semula.

ADS