Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM pertahan kebebasannya
Diterbitkan:  Aug 6, 2012 3:15 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Walaupun wujud persoalan mengenai kebebasan dan ketelusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun ia mempertahankan siasatannya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan dakwaan rasuah berkaitan dengan syarikat Ho Hup Bhd.

NONE Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull (kiri)

berkata badan anti-rasuah itu pernah menubuhkan sebuah panel tiga anggota untuk menyiasat AG berhubung insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shukri juga berkata Panel Semakan Operasi suruhanjaya itu, yang menyemak semua kes yang disiasat oleh badan rasuah tu, juga tegas dalam memberi pandangan dan anggotanya adalah bebas.

Beliau berkata, anggota panel itu terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam pengauditan, forensik, perniagaan, dan lain-lain.

"Terdapat kes-kes yang telah ditutup, di mana panel tersebut telah meminta ia dibuka semula. Ini membawa kepada pendakwa raya membuat keputusan untuk mendakwa tertuduh. Oleh itu, ada unsur semak dan imbang," katanya kepada Malaysiakini.

Shukri bagaimanapun mengakui bahawa keputusan muktamad adalah pada Peguam Negara atau mana-mana Timbalan Pendakwa Raya sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan.

Timbalan ketua pesuruhjaya SPRM itu diminta mengulas lanjut sama ada Panel Semakan Operasi mempunyai kuasa atau hak untuk mengadili atau membuat keputusan mengenai kelakuan AG seperti yang dinyatakan dalam Perkara 145 (6) dan Perkara 125 perlembagaan persekutuan.

Di bawah perlembagaan, tribunal boleh ditubuhkan untuk menyiasat hakim atau Peguam Negara.

Dilaporkan bahawa bekas Ho Pengarah Urusan Ho Hup, Low Tuck Choy telah mengadu seolah-olah kurangnya kemajuan dalam siasatan SPRM terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah ke atas Abdul Gani apabila beliau dikatakan campurtangan dalam perebutan lembaga pengarah syarikat tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS