Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP umpamakan George Kent sebagai 'Ali Baba'
Diterbitkan:  Aug 7, 2012 12:05 PM
Dikemaskini: 6:01 AM

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua mendakwa penganugerahan projek sambungan LRT Ampang kepada firma George Kent Bhd menunjukkan bahawa budaya "Ali Baba" dalam mendapatkan kontrak kerajaan semakin subur di bawah pentadbiran perdana menteri.

Katanya, Datuk Seri Najib Razak terus bercakap mengenai model ekonomi baru dan transformasi ekonomi sedangkan kroni BN didakwanya terus mendapat tender kerajaan yang menguntungkan melalui cara itu.

Pua dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkembangan itu juga bercanggah dengan ikrar perdana menteri untuk tidak lagi bertolak ansur dengan amalan seperti itu.

Beliau membangkitkan semula ikrar tersebut, yang dinyatakan Najib ketika melancarkan Model Baru Ekonomi untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru pada 30 Mac 2010.

"Penganugerahan (kontrak tersebut) menunjukkan kontraktor ali baba yang bertahan dengan hubungan politik di samping kepakaran mereka untuk mengemudi dalam proses perolehan kerajaan akan terus mendominasi di Malaysia.

"Penganugerahan itu membuktikan bahawa perdana menteri bukan saya gagal (menghentikan) pengambilan untung atas angin dan naungan politik dalam proses perolehan dan tender kerajaan, malah perbuatan seperti ini lebih terang-terangan dan subur," kata Pua.

MP Petaling Jaya Utara itu memetik satu laporan The Edge yang mendakwa George Kent akan mengkontrakkan semula sebahagian besar projek berkenaan kepada firma lain.

Laporan itu memetik satu kenyataan yang menyebut bahawa George Kent perlu mengkontrakkan semula sebanyak 70 hingga 80 peratus kontrak tersebut memandangkan ia bukan pengeluar perkakas asli untuk mana-mana komponen yang diperlukan untuk sistem berkenaan.

Seorang eksekutif Siemens, salah satu pembida yang tidak berjaya mendapatkan projek tersebut, mengesahakan bahawa syarikat itu telah dihubungi George Kent untuk mengabil bahagian dalam projek tersebut sebagai kontraktor.

Menurut laporan itu lagi, satu lagi pembida, Balfour Beatty, juga telah dihubungi, namun eksekutif yang dekat dengan firma berkenaan berkata mereka telah menolak tawaran tersebut.

[Baca berita penuh]

 

ADS