Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO serah bukti video Kristianisasi di PP Khamis ini

Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API) akan menyerahkan bahan bukti berupa gambar dan rakaman video kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berhubung dakwaan terdapat cubaan menyebarkan Kristian kepada orang Islam negeri itu.

NONE Pengerusi API, Nur Fitri Amir Muhammad berkata, bahan bukti itu akan diserahkan kepada Yang Dipertua MAIPP Datuk Salleh Man ( kanan ) pada Khamis ini.

"Kita telah hubungi Datuk Salleh Man dan pagi Khamis ini akan adakan mesyuarat dengan mereka.

"Kami juga akan serahkan gambar dan rakaman video pengakuan pakcik beca (yang menjadi saksi) sebagai bukti," katanya yang berharap dapat membantu MAINPP.

Sebelum ini API dilaporkan mendakwa, wujud usaha memurtadkan orang Islam terutama golongan gelandangan dan pengayuh beca sekitar Pulau Pinang.

API mendakwa, usaha itu melibatkan dua lelaki Eropah yang berpakaian seperti pelancong yang mendekati golongan itu dengan bertanyakan lokasi menarik sekitar bandar, lapor Berita Harian pada 2 Ogos lalu.

'Kata Jesus betul, Muhamad tak betul'

Golongan itu juga didakwa menggunakan umpan wang tunai dan keperluan asas sepanjang Ramadan.

NONE Bagi mengukuhkan dakwaannya, API memuatkan gambar dan rakaman video ( lihat gambar kiri dan bawah ) memaparkan seorang lelaki berusia - yang didatangi dua lelaki tersebut- menceritakan kembali perbualan mereka dalam blognya.

Dalam rakaman itu, lelaki itu mendakwa, kedua-dua 'pelancong' berkenaan yang menemuinya di hadapan Masjid Kapitan Keling warganegara Amerika dan salah seorangya berbahasa Melayu.

Penarik beca itu juga mendakwa, mereka menceritakan mengenai agama Kristian dan memberitahu ''Jesus betul dan Nabi Muhammad tidak betul''.

"Dia cerita pasal Kristian. Dia kata nak bagi mandi air. Saya kata sini tak ada air. Esok dia kata nak datang lagi. Dia nak jumpa bagi mandi.

NONE "Dia orang Amerika. Seorang itu duduk Indonesia. Pandai cakap Melayu. Dia ada katalah yang Jesus betul, Muhammad tak betul," kata pengayuh itu lagi dalam video sepanjang 2.25 minit itu.

Saksi bersembunyi, bimbang keselamatan

Sementara itu, Nur Fitri juga memberitahu Malaysiakini , pengayuh beca dalam video itu kini sedang bersembunyi kerana khuatir keselamatand dirinya.

"Pakcik itu pesan pada kami yang dia tidak akan berada di tempat itu beberapa hari kerana dia takut lelaki itu nak bawa dia ke satu tempat.

"Pakcik itu memang kerap berada di kawasan itu kerana dia menerima bantuan daripada kami," katanya.

Beliau turut berharap agar isu itu tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana API merupakan sebuah pertubuhan yang bebas daripada mana-mana parti politik.

"Saya juga berharap perkara ini tak dijadikan sebagai isu politik. Kita tak pihak kerajaan atau pembangkang.

"Kita pertubuhan yang kebajikan untuk bantu golongan gelandangan dan isu Kristianisasi ini kebetulan semasa kami sedang mengumpul data," katanya lagi.

ADS