KJ tuduh portal berita buang komen pro-BN

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menuduh portal berita seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider (TMI) membuang komen pembaca yang menyokong BN.

Ini, kata Khairy di majlis pelancaran Pasukan Siber Pemuda BN di Kuala Lumpur hari ini, telah menimbulkan gambaran bahawa golongan muda menyokong pembangkang.

"Apabila kita baca ruang komen di Malaysiakini dan TMI, begitu ramai yang menyokong pembangkang, sedangkan kita tahu  editor mereka sekat komen yang menyokong BN," katanya.

Sehubungan itu, Khairy berkata, penubuhan pasukan Siber BN itu adalah untuk bertindak balas terhadap perkara dan bagi menggalakkan orang ramai mendapatkan maklumat yang betul dari BN melalui Twitter dan Facebook BNCT.

Dengan itu, katanya, golongan muda tidak merasakan seolah-olah mereka sendirian di ruang siber dalam menyokong BN.

[Baca berita penuh]


Nota editor: Sebagai peraturan, Malaysiakini tidak membuang komen pembaca melainkan mereka melanggar terma penggunaan kami. Komen yang kebanyakannya dibuang mengandungi kata-kata kotor dan tidak senonoh serta serangan peribadi. Kami tidak buang komen berdasarkan kecenderungan politik.
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.