Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB S'gor: 'RM2 bilion rizab tunai bukan untuk BN ambil'

Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim ketawa dengan cakap-cakap bahawa beliau telah mengumpulkan rizab tunai yang banyak sehingga mencecah RM2 bilion sejak empat tahun yang lalu - dan semua itu adalah untuk BN.

NONE Ini akan berlaku sekiranya BN merampas semula Selangor - satu sendaan yang dimulakan oleh ahli parti itu yang kecewa dengan

gaya pengurusan berjimat Khalid dan keengganannya untuk membiayai aktiviti Pakatan Rakyat di negeri ini.

"Ramai orang akan berhujah, oleh kerana anda ada banyak wang, anda perlu membelanjakannya, jadi macam mereka (BN).

"Tetapi jika itulah halnya, mengapa rakyat harus sokong kami? Pemikiran saya ialah, kita berhemah, tetapi kita masih boleh membelanjakan wang," kata Khalid dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lepas.

Ketika membentangkan bajet tambahan di Dewan Undangan Negeri pada bulan Julai, Khalid mengumumkan bahawa rizab tunai Selangor meningkat kepada RM2.1 bilion pada suku kedua tahun ini, meningkat daripada RM1.9 bilion pada suku pertama.

NONE Beliau yang juga ADUN Ijok berkata rizab tunai yang besar itu juga membolehkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat berdepan dengan langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan persekutuan.

"Apabila kerajaan persekutuan mengumumkan bonus Hari Raya

untuk kakitangan awam, kami tidak mempunyai masalah. Anda ada cukup, kami juga ada cukup (dana).

"Mungkin menteri besar atau ketua menteri negeri-negeri lain menggaru kepala mereka bagaimana untuk membiayainya (bonus)... Itulah sebabnya mengapa anda tidak lihat mana-mana negeri BN mengumumkannya secepat kami," katanya.

Pada 25 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan bonus setengah bulan bagi semua kakitangan awam persekutuan, dengan bayaran minimum RM500.

Selangor juga membuat pembayaran bonus yang sama untuk kakitangan perkhidmatan awam negeri itu, tetapi ditambah lagi dengan RM200 dalam bentuk simpanan Tabung Haji atau sijil simpanan premium

[Baca berita penuh]

ADS