Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Royalti: Kelantan pertikai keikhlasan persekutuan

Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mempertikaikan keikhlasan kerajaan persekutuan dalam menubuhkan jawatankuasa khas berhubung pembayaran hasil minyak kepada negeri Kelantan.

Katanya, kerajaan persekutuan pada 2009 memberitahu Kelantan bahawa negeri itu tidak mempunyai hasil petroleum di Kelantan.

NONE "Tapi (tiga) tahun kemudian perdana menteri akhirnya tunduk kepada NGO dan kita junjung kasih kepada Sultan Muhammad V atas sokongan terbuka menandatangan plat tuntutan royalti minyak," katanya.

Katanya, jawatankuasa itu juga tidak perlu lagi membincangkan mengenai kaedah untuk menyalurkan wang berkenaan kerana kuasa untuk menyalurkan wang itu sudah pun berada di tangan perdana menteri.

Husam bertegas bahawa bayaran itu perlu dibuat secara terus kepada kerajaan negeri tanpa dilengahkan oleh prosedur.

Katanya, rizab hasil gas di perut bumi Kelantan yang kini disahkan berjumlah 1.2 trilion kaki padu perlu didaratkan ke negeri itu.

"MB dah hantar surat kepada PM lapan bulan lalu untuk cadangkan gas didaratkan di Kelantan, tapi tiada maklum balas.

"Jika Pakatan dapat tadbir Putrajaya, Petronas diminta izinkan didaratkan di Kelantan," katanya yang menambah perkara itu merupakan antara ketetapan yang dipersetujui dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR hari ini.

Ditanya lanjut, Husam berkata Kelantan tiada halangan sekiranya bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah bersedia untuk menganggotai jawatankuasa berkenaan.

Namun, buat masa ini Kelantan masih belum menetapkan senarai pemimpin tersebut, katanya.

ADS