Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sebahagian Jalan Raja, KL ditutup esok
Diterbitkan:  Aug 10, 2012 11:37 AM
Dikemaskini: 3:38 AM

Sebahagian laluan Jalan Raja di hadapan Panggung Bandaraya akan ditutup kepada semua lalu lintas esok (Sabtu, 11 Ogos) bermula 8 pagi sehingga 12 malam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan laluan tersebut adalah bersempena Majlis Berbuka Puasa Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada hari tersebut.

Kenderaan dari Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak tidak dibenarkan memasuki Jalan Raja pada tarikh dan waktu tersebut.

- Bernama

ADS