Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Wakil Pakatan akui Tanda Putera tiada sentimen kaum'
Diterbitkan:  Aug 10, 2012 4:44 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

Wakil Pakatan Rakyat yang sudah menonton Tanda Putera kini merasakan filem kontroversi yang memuatkan babak tragedi 13 Mei itu tidak mempunyai sentimen perkauman, kata pengarahnya Shuhaimi Baba.

"Selepas menonton filem ini, mereka tidak merasakan ia mempunyai sentimen perkauman," Shuhaimi dipetik sebagai berkata kepada sebuah harian hari ini.

NONE Bercakap kepada Sinar Harian, beliau yang juga dikenali sebagai Shumi berkata, selain wakil Pakatan, pihak BN juga sudah diundang menonton karya terbarunya itu.

Beliau juga menolak tanggapan filem sejarah yang mengisahkan persahabatan antara perdana menteri kedua Tun Abdul Razak dan timbalannya Tun Dr Ismail itu akan mencetuskan kontroversi.

Tanda Putera sebelum ini dikritik Lim Kit Siang apabila laman Facebook rasminya mendakwa ketua parlimen DAP itu kencing di tiang bendera rumah menteri besar Selangor menjelang peristiwa 13 Mei.

Gambar dan kapsyen di laman sosial itu bagaimanapun sudah dikeluarkan. Lim sendiri menafikannya.

Pembangkang juga menuntut kerajaan menayangkan filem itu kepada pimpinan Pakatan untuk diteliti sebelum ditayangkan kepada umum kerana didakwa akan menimbulkan isu perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum.

NONE Sementara itu, Shuhaimi juga dilapor meminta pengkritik Tanda Putera supaya berhubung terus dengan pihaknya untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

Shuhaimi berkata, individu yang ingin memberi komen hendaklah menyaksikan keseluruhan filem itu dan bukan berpandu kepada persepsi sendiri dan promo yang ditonton, lapor Mstar .

"Filem ini diterbitkan oleh syarikat saya dan Finas. Bagi pihak yang tidak senang dengan penghasilan filem ini, mereka sepatutnya memahami peraturan iaitu datang berjumpa dengan pihak Finas atau Pesona Picture untuk bertanya.

Dalam perkembangan berkaitan Shumi dilaporkan akan mengadakan sidang media pada 13 Ogos depan bagi menjelaskan situasi filem tersebut.

ADS