"Menurut garis panduan... mereka tidak harus memasuki zon perang ketika membuat liputan. Semasa BERSIH, mereka meletakkan diri dalam zon perang.
"Mereka berada antara pihak berkuasa dan peserta. Jika berlaku rusuhan, mereka akan terperangkap antara kedua-dua pihak," kata ACP Jamaluddin Abdul Rahman kepada inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menyiasat kekasaran pihak berkuasa dalam perhimpunan itu.
Beliau menjalankan soal balas terhadap saksi ke-27 V Anbalagan yang juga setiausaha agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).Anbalagan bagaimanapun tidak bersetuju apabila BERSIH 3.0 disamakan dengan zon perang.
"Dan walaupun mereka terperangkap di tengah-tengah, polis tidak sepatutnya memukul wartawan," balas Anbalagan (kanan).
[Baca berita penuh]