Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Gelar Rafizi pengkhianat tidak bertentangan dengan Islam'

Bekas menteri wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak menganggap tindakan menggelar Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebagai pengkhianat Melayu dan Islam sebagai kejam dan bertentangan dengan agama.

Malah, Shahrizat mengakui di mahkamah bahawa apa yang Rafizi katakan dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, lebih buruk dan memfitnahnya.

Rafizi, tambahnya, berkata dia (Shahrizat) menunjukkan teladan yang buruk kepada wanita kerana tidak mahu menjelaskan dan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia mengenai anugerah projek National Feedlot Corporation (NFC).

NONE Menjawab soalan peguam Rafizi dan Zuraida, Ranjit Singh, beliau bersetuju semua empat petikan Rafizi dan ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin ( kiri) yang dinyatakan dalam tuntutan RM100 juta yang difailnya terhadap kedua-dua mereka adalah fitnah dan bertentangan dengan Islam.

Ranjit mahu Shahrizat membandingkan kenyataan Rafizi yang dikatakan berunsur fitnah, dan kenyataannya yang lebih kejam dan bertentangan dengan Islam.

Dalam kenyataan saksinya, Shahrizat menyatakan bahawa fitnah adalah dosa besar dalam Islam dan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

Rafizi, antara lain dalam sidang akhbar pada 30 November 2011, mahu Shahrizat menjelaskan penglibatan keluarganya dalam projek NFC dan jika gagal berbuat demikian, Rafizi mendakwa, ia mungkin boleh menjatuhkan Umno dan BN.

Bagaimanapun, Shahrizat bertindak balas dengan memanggil Rafizi "Si Tanggang" semasa ucapan kepada Wanita Umno yang diketuainya, semasa perhimpunan agung Umno tahun lepas, yang menyifatkan Rafizi sebagai penderhaka, jual agama dan pengkhianat bangsa.

Rafizi dan Zuraida memfailkan tuntutan balas terhadap apa yang dikatakan oleh Shahrizat semasa perhimpunan tersebut.

[Baca berita penuh]

 

 

ADS