Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas ketua hakim Borneo ketuai RCI Sabah
Diterbitkan:  Aug 11, 2012 4:03 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang haram di Sabah akan diketuai oleh bekas ketua hakim Borneo Steve Shim.

steve shim chief justice of sabah and sarawak Ia akan turut dianggotai oleh bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah Kamaruzaman Ampon, bekas peguam besar negeri Herman Luping, bekas setiausaha kerajaan negeri KY Mustafa dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Hendry Chin.

Anggota parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahan berkata, Najib mengumumkan perkara itu dalam pertemuan dengan pemimpin BN Sabah tengah hari ini.

"Najib kata, 'saya dengar harapan rakyat melalui pemimpin BN. Sebab itulah saya tubuhkan RCI. Semua pemimpin BN Sabah mahukannya'," kata Abdul Rahman dalam pesanan Twitter.

Shim pada Mei lalu dipilih sebagai anggota RCI untuk menyiasat dakwaan kekasaran polis dalam BERSIH 3.0 tetapi menolaknya atas atasan masalah kesihatan.

[Baca berita penuh]

ADS