Beliau berkata perhimpunan aman dibenarkan kerana ia telah termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman dan penganjur perlu mengikut undang-undang yang sedia ada, lapor Bernama.
"Kita (kerajaan) tiada masalah sekiranya mereka adakan perhimpunan aman kerana negara kita mempunyai Akta Perhimpunan Aman. "Apa yang penting penganjur tidak melibatkan isu politik dalam perhimpunan itu," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hari raya menerusi Program 'Ihsan Ramadan dan Aidilfitri' di Ipoh, hari ini.
Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

