Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata pertubuhan itu mendapati filem kontroversi Tanda Putera "bukan perkauman" dan ditulis berdasarkan "fakta sejarah".

Ibrahim berkata, naib presidennya Datuk Zulkifli Noordin mendapati demikian selepas menonton filem tersebut yang kini masih belum ditayangkan kepada umum.

Beliau menyamakan filem tersebut seperti "bercakap mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan".

"Ia bukan perkauman, tapi fakta," katanya yang mendakwa filem itu hanya menggambarkan perkara yang sebenarnya berlaku.

Ibrahim bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sekiranya babak yang menggambarkan pemimpin DAP Lim Kit Siang kencing di bendera Malaysia, seperti yang dinyatakan di laman Facebook filem itu sebelum ini, turut disertakan dalam Tanda Putera.

Kandungan di Facebook itu kemudiannya telah dikeluarkan oleh pengendali laman terbabit dan Lim turut menafikan sekerasnya dakwaan tersebut.

"Saya tak tahu sebab Zul Noordin yang tengok," kata Ibrahim yang mahu filem itu disiarkan tanpa tapisan.

Katanya lagi, PERKASA bersedia untuk membantu menayangkan filem arahan Shuhaimi Baba itu ke seluruh negara.

[Baca berita penuh]

ADS