Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengarah Tanda Putera , Shuhaimi Baba menggesa agar orang ramai menghentikan ugutan ke atas pasukan produksi filem itu susulan kontroversi yang berpunca daripada salah faham berkenaan filem itu.

Menurutnya, beliau dan pasukan penerbitannya menerima kecaman dan serangan berbaur perkauman yang sangat buruk di laman Facebook filem itu.

NONE "Kami menyeru agar segala ugutan dan serangan peribadi ke atas penerbit, pengarah dan pelakon filem ini dihentikan.

"Kami harap orang ramai tidak akan terpengaruh dengan mereka yang sengaja memberi gambaran salah tentang filem ini supaya filem ini diboikot.

"Saksikan filem ini dan buat kesimpulan sendiri," kata Shuhaimi.

Filem Tanda Putera menarik perhatian ramai apabila gambar dengan kapsyen mendakwa Lim Kit Siang kencing pada tiang bendera dalam kawasan rumah menteri besar Selangor menjelang 13 Mei 1969 dimuat naik ke laman Facebook filem itu.

Penerbit: Bikit filem untuk gembira, bukan hura hara

Ia menyebabkan orang ramai beranggapan gambar itu merupakan sebahagian daripada babak filem berkenaan.

NONE Perkara ini kemudiannya dijelaskan Pesona Pictures semalam yang menjelaskan watak pemimpin DAP itu tidak dilakonkan dalam filem itu.

Menurut penerbit eksekutifnya, Aida Fitri Buyong, filem itu dibikin untuk menggembirakan semua pihak dan tidak sama sekali bertujuan mencetuskan huru-hara.

"Kami bikin filem supaya semua orang rasa gembira dan kami tidak pernah sama sekali mahu mewujudkan kacau bilau dan huru hara," katanya.

Beliau turut kedengaran kesal apabila filem itu dikritik sesetengah pihak tanpa menontonnya terlebih dahulu.

"Semua caci maki berkenaan filem ini datangnya daripada orang yang belum menonton filem ini, ini tak masuk akal bagi kami," katanya.

ADS