Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LLM: Aliran trafik ke utara masih sesak, tempat lain terkawal
Diterbitkan:  Aug 18, 2012 2:22 PM
Dikemaskini: 6:25 AM

Aliran trafik di bahagian utara iaitu dari Slim River ke Sungkai dilaporkan sesak ketika ini manakala keadaan trafik di lebuh raya utama yang lain terkawal menjelang tengah hari ini.

    

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata  keadaan trafik dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar yang sesak berbelas-belas kilometer ekoran satu kemalangan membabitkan tiga buah kereta pagi ini sudah

kembali lancar.

    

"Trafik sedikit perlahan di Bukit Gantang ke Changkat Jering, Bukit Merah ke Alur Pongsu dan Bukit Tambun ke plaza tol Juru.

    

"Aliran trafik ke arah Selatan juga perlahan dari Nilai ke Seremban. Trafik di plaza tol Gombak ke Terowong Karak dan Genting Sempah ke plaza tol Bentong juga perlahan," katanya.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS