Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Facebook Umno' disiasat, tapi bukan bawah 114A

Polis tidak akan menggunakan Seksyen 114A Akta Keterangan bagi menyiasat Facebook 'Pemuda Umno Malaysia' berhubung pengeluaran artikel yang menyentuh sensitiviti agama.

Ini kerana seksyen 114A merujuk kepada prosedur dalam cubaan membuktikan jenayah di mahkamah, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah .

“Buat permulaan, kami menyiasat kes ini bawah Seksyen 233 bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Kami akan menyiasatnya dan kemudian menyerahkan hasil siasatan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat polis Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, terpulang kepada pejabat peguam negara untuk menentukan pendakwaan bawah seksyen yang mana.

Seksyen 233 merujuk kepada penyalahgunaan penggunaan kemudahan jaringan atau perkhidmatan jaringan.

Pemuda Umno menafikan bertanggungjawab ke atas laman peminat 'Pemuda Umno Malaysia' itu dan membuat laporan polis berhubung kandungan didakwa berunsur hasutan tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS