Keadaan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) bagi arah utara bergerak perlahan manakala di bahagian selatan dilaporkan lancar setakat 1 tengah hari tadi.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd berkata ke arah utara, trafik bergerak perlahan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar dan dari Sungai Petani selatan ke Bertam.
"Ia mula bergerak perlahan disebabkan orang ramai mula balik ke selatan. Manakala trafik di selatan seperti dari Seremban ke Nilai, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) setakat ini masih lagi lancar," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik.
- Bernama
