Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenderaan 'atas angin' rosak, pengemudi terselamat
Diterbitkan:  Aug 29, 2012 8:33 AM
Dikemaskini: 12:37 AM

Dua pengemudi sebuah pengangkutan marin 'wing-in-ground' berasaskan komposit ringan pertama di dunia, yang dikenali sebagai 'Air-Fish', terselamat selepas kenderaan itu rosak ketika diuji di Pejabat Laut dan Marina Awam Melaka semalam.

    

Dalam kejadian pada kira-kira 3 petang, kedua-dua lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan apabila sayap kiri kenderaan marin itu, yang dibangunkan Wigetworks Pte Ltd dan pembuatannya oleh CTRM Aviation Sdn Bhd, pecah dipukul ombak serta angin kuat.

    

Jurucakap Wigetworks Kenneth Tan berkata ketika kejadian, kenderaan itu sedang bergerak di atas air menuju jeti pejabat berkenaan.

    

"Kenderaan air ini direkabentuk bagi menghasilkan pengangkutan berkelajuan tinggi, selamat, selesa dan efisien dari segi penggunaan tenaga serta masa ketika pemanduan," katanya ketika ditemui.

     

Beliau berkata kenderaan itu juga berupaya terbang setinggi dua hingga enam meter dari paras laut serta bergerak sejauh 500 hingga 600 kilometer, dan sesuai digunakan dalam industri pelancongan, pengangkutan dari pulau ke pulau, penguatkuasa maritim selain pengangkutan kru bagi industri minyak dan gas.

- Bernama

ADS