Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Aktivis Faisal Mustaffa didakwa di Mahkamah Syariah Shah Alam atas dakwaan enggan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam siasatan berkaitan buku kontroversi Irshad Manji yang diharamkan.

Beliau didakwa bawah Seksyen 215 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 kerana enggan menjawab soalan ketika disoal siasat.

NONE Menurut seksyen itu, enggan menjawab soalan semasa ditanya merupakan kesalahan dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Kes itu ditetapkan didengar pada 25 Januari depan.

Terdahulu, Faisal diminta hadir ke pejabat JAIS di Shah Alam sebelum ditahan kerana didakwa enggan menjawab soalan yang dikemukakan, kata peguamnya Afiq Noor.

"JAIS tanya soalan mengenai buku Irshad Manji. Tetapi Faisal menjawab, 'saya akan menjawabnya di mahkamah'," jelas Afiq ketika dihubungi Malaysiakini .

Menurut Afiq, Faisal disoal selama 2 jam setengah bermula 10.30 pagi tadi.

28 buku dirampas

Pengamal undang-undang itu juga berkata, JAIS sebelum ini merampas buku kontroversi itu di rumahnya di Petaling Jaya pada 14 Julai lalu dan disoal siasat pada hari yang sama.

Kementerian Dalam Negeri pada 24 Mei lalu mengumumkan pengharaman buku Allah, Kebebasan dan Cinta dan versi Inggeris Allah, Liberty and Love atas alasan mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah.

azlan Difahamkan JAIS merampas 28 buah buku yang terdiri enam tajuk daripada rumah Faisal.

Ketika dihubungi Malaysiakini , Faisal menyuarakan perasaan tidak berpuas hatinya apabila pegawai penyiasat kes itu didakwa tidak membenarkannya ditemani peguam ketika sesi itu.

"Sebenarnya saya bertengkar dengan mereka untuk membenarkan peguam bersama saya. Kemudian, empat pegawai JAIS mengelilingi saya.

"Ini adalah sebahagian daripada proses menakut-nakutkan," dakwanya.

Faisal turut mendakwa wakil JAIS mengganggunya apabila hadir ke rumahnya selepas tengah malam untuk menyerahkan notis hadir memberi keterangan.

ADS